07/07/2014
Alkisah 2 orang sahabat….
Zul dan Tim adalah dua orang sahabat yang karib.
Satu hari ketika berjalan merentasi gurun, disebabkan satu pertengkaran, Zul telah menengking Tim di muka.
Tim yang kesakitan tidak berkata apa-apa lalu menulis di atas pasir – “Hari ini sahabat paling karib ana menengking ana di muka” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.
Satu hari ketika bermandi di sungai, Tim hampir lemas dihanyut air dan diselamatkan Zul. Tim mencari sebutir batu dan menulis – “Hari ini sahabat paling karib ana menyelamatkan ana” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.
Zul kelihatan sikap pelik Tim bertanya – “Ketika ana menampar enta, enta tulis atas pasir. Ketika ana menyelamatkan enta, enta tulis atas batu. Mengapa ya?”
Tim menjawab – “Ustaz Him mengajar apabila kita disakiti seseorang, kita harus menulis di atas pasir, di mana angin dan air dapat memadamkannya. Apabila seseorang berbuat baik kepada kita, kita harus mengukir di atas batu, di mana air dan angin tidak dapat memadamnya.”
Wahai sahabatku,
Tanpa kebenaran Allah, persahabatan ini tidak akan wujud. Aku amat menghargai kehadiranmu di dalam hidupku kerana ia adalah kurniaan Allah padaku. Oleh itu, aku akan menerima kamu dengan seadanya kerana kamu adalah sahabat karibku, tatkala emosimu mendung mahupun cerah.
Wahai sahabatku,
Bukan mudah untuk menjumpai seorang sahabat karib seperti kamu yang boleh berkongsi masalah hati dan sebagainya. Kini persahabatan kita dah terjalin, marilah sama-sama kita menjaganya dengan baik dan belajar saling memaafkan atas kekurangan masing-masing.
Diharap kita dapat fokus pada kesamaan dan jangan memaksa pada perkara berbeza. Semoga hubungan ini sentiasa dipelihara Allah, wahat sahabatku.
Senyum
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)