08/08/2026
❤️ Kasih sayang adik-beradik, diterjemahkan dalam bentuk hadiah yang penuh bermakna.
🎁🥰 Kami di City Optometry ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan setia kami, Puan Norlia, kerana membawa kakak beliau ke pusat optometri kami untuk mendapatkan pemeriksaan mata.
🎂 Sempena hari lahir kakaknya, Puan Norlia telah memilih untuk menghadiahkan sepasang cermin mata multifokal yang disesuaikan khas mengikut keperluan penglihatan kakaknya.
👓🕶️ Pada masa yang sama, Puan Norlia turut menempah sepasang cermin mata hitam berpreskripsi untuk kegunaan diri sendiri.
📸 Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Norlia atas keizinan untuk berkongsi momen indah ini bersama anda semua.
👓 Semoga cermin mata baharu ini memberikan keselesaan yang maksimum! ✨
📍 Lokasi: https://waze.com/ul/hw0xxgrs9r
🕘 Isnin – Sabtu | 9.00 pagi – 6.30 petang
☎️ 05-6912635