16/04/2018
3 Tips Supaya Anak S**a Bertudung
============================
Menutup aurat atau bertudung adalah kewajipan setiap muslimah dan mendidik anak kecil menjadi muslimah kewajipan Ibu dan Ayahnya. Amat penting untuk kita terapkan dalam diri anak kita untuk bertudung sejak dari kecil. Bagaimana caranya?
1) Biasakan Anak Dengan Tudung Sepanjang Masa
Ibu bapa boleh membiasakan anak mereka dengan tudung dari kecil. Boleh bertudung sebagai ‘fesyen’ sejak anak sudah boleh duduk/ seawal 6 bulan.
Adakah terlalu awal?
Bertudung ketika ini cumalah ‘MEMPERKENALKAN’ sepertimana kita mengazan/mengiqamatkan ditelinga anak semasa lahir untuk ‘Memperkenalkan” Allah, tuhan semesta alam.
2) Asal Keluar Rumah, Pakai Tudung ( 3 tahun ke atas)
Ibu bapa boleh membiasakan anak perempuan mereka memakai tudung apabila hendak keluar dari rumah supaya perkara tersebut menjadi satu tabiat atau habit kepada mereka.
3) Belikan Tudung ‘Instant’ Yang Selesa ( 2 tahun hingga 5 tahun)
Tudung ‘Instant’ amat mudah untuk dicari bagi kanak-kanak. Ini untuk memudahkan mereka memakai tudung tanpa kesukaran. Dan pastikan membeli tudung ‘instant’ yang selesa untuk mereka. Tudung instant jenis sarung je siap.