03/10/2022
*Minyak Telon Tasneem Naturel - Stommy Oil*
Sebagai pelopor kepada pengeluar produk semulajadi, Tasneem Naturel turut mengeluarkan minyak telon yang mengekalkan elemen tradisi iaitu dengan menggunakan minyak kayu putih (eucalyptus). Minyak telon Stommy dihasilkan dengan gabungan 9 minyak pati tumbuhan yang berkualiti tinggi, iaitu minyak zaitun, minyak serai, minyak pudina, halia, badam, limau purut, kayu putih, mawar damascena, dan geranium.
Kandungan dan gabungan minyak pati ini berfungsi untuk mencegah jangkitan virus dan juga jangkitan kulat. Selain itu, anak kecil juga sering mengalami kembung perut dan akan menyebabkan mereka meragam dan tidak selesa. Tidur mereka juga turut terganggu dan akan merunsingkan ibu bapa. Oleh itu, penggunaan minyak telon stommy akan melegakan bukan sahaja perut si manja tetapi ibu bapa juga tidak risau lagi.