Unofficial: koleksi zurina page

Unofficial: koleksi zurina page Mommy life..cooking,shopping,traveling and haul stuff.�

Mee Udang Mudah dan SedapBahan-bahan2 peket perencah Mee Bandung AdadiSekilo udang saiz sederhana5 ulas bawang merah(dib...
09/09/2024

Mee Udang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan
2 peket perencah Mee Bandung Adadi
Sekilo udang saiz sederhana
5 ulas bawang merah(diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
Halia saiz kecil(diketuk)
4 ketul ubi keledek(direbus dan dilenyek)
10 biji cili kering(diblend)
1 kiub ikan bilis
3 sudu sos cili,tomato dan tiram
1sudu kecil serbuk perasa
2 cawan air rebusan kepala udang
Minyak masak
Sayur spt sawi,kubis dan lobak merah

Cara memasak
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan diblend dan perencah Mee Bandung Adabi sehingga kekuningan da pecah minyak.
2.Masukkan air rebusan kepala udang dan keledek yang telah dilenyek.
3.Masukkan 1kiub ikan bilis,gula,garam dan serbuk perasa(jika s**a)
4.Masukkan sedikit sos cili dan sos tiram.
5.Masukkan udang,sayur dan tunggu mendidih.Siap

Bahan-bahan hidangan
Mee kuning(dicelur)
Telur rebus
Cili hijau
Limau
Bawang goreng

Selamat mencuba..

20 idea tablesetting
06/08/2024

20 idea tablesetting

08/08/2023

Discover the best in Best Sellers. Find the top 100 most pop**ar items in Amazon Best Sellers.

Idea menu sarapan..
16/07/2023

Idea menu sarapan..

Apa yang perlu tahu sebelum mengambil keputusan..
25/09/2022

Apa yang perlu tahu sebelum mengambil keputusan..

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “

🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠

Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT p**a satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya cakap macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : RM297,000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.

Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
✅ Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.

Kredit : Ahmad Humaizi Ibrahim

Mana yg bijak..isi minyak waktu siang atau malam?
30/07/2022

Mana yg bijak..isi minyak waktu siang atau malam?

Ambil tahu..
25/07/2022

Ambil tahu..

REFINANCE RUMAH? PERLU KE?

Rumah dah beli 10 tahun lepas, value dah makin tinggi, like pun dah bukan-bukan, patut ke tidak buat refinancing?

First kena tahu juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni? Antaranya:

- Kurangkan kadar faedah dan ansuran rumah dari sebelum ni.
- Untuk disatukan dengan hutang lain (debt consolidation)
- Pendekkan tempoh loan
- Nak dapatkan cash melalui equity semasa yang ada pada hartanah

Mungkin ada yang cakap tak perlu, bazir masa nak cari lawyer, cari banker apa semua.

Kami dulu ada klien yang terdesak sebab hutang bertimbun, hampir kena panggil AKPK, kini dapat kurangkan komitmen bulanan dengan refinance rumah.

Nak refinance ni, kita kena rajin survey pada banker untuk dapat nilai tertinggi hartanah kita tu, paling tinggi boleh dapat hingga 90% harga pasaran.

Klien yang saya maksudkan tadi, gaji not bad, tiap-tiap bulan RM6,000, tapi total hutang bulanannya sampai RM5,000 (bayar rumah, kereta, personal loan dan kad kredit). Ada RM1,000 je untuk buat belanja makan dan lain-lain.

Lepas buat refinancing, dapat loan baru dengan 90% market price, dia terus langsaikan semua hutang jahat. Sekarang dari RM5,000 sebulan, komitmen bulanan dia terus jadi RM1,700 je. Jauh kan beza?

Sebab itulah penting untuk belajar macam mana nak tutup hutang jahat dengan hutang baik. Sekarang, komitmen dah sikit, baru ada ruang sikit nak ‘bernafas’

Apa-apa pun, kena tanya diri sendiri juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni?

Kalau rasa kesihatan kewangan tu stabil, boleh bayar komitmen tiap-tiap bulan, tak buat pun takpe.

Tapi kalau rasa hutang tak surut-surut sampai efek belanja bulanan, nak tidur malam pun susah, bolehlah cuba refinance rumah tu.


22/05/2022

Lidah ibu mertua..

Address

Club Cinta Sayang Golf Country
Sungai Petani
08000

Telephone

0104055709

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unofficial: koleksi zurina page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unofficial: koleksi zurina page:

Shortcuts

Share