22/09/2020
APA PERBEZAAN JERSI GRED PLAYER ISSUE, COPY ORI, AAA dan AA?
Jersi asalnya ada 2 versi utk yang original. Versi player dan fan.
Versi player adalah versi yang direka khas untuk digunakan player dalam perlawanan sebenar. Cutting lebih fit. Logo kebiasaannya tampal. Kain lebih ringan dan nipis.
Versi fan adalah versi yang direka khas untuk dijual kepada fan seperti di butik Nike, Adidas, NB, etc. Cutting lebih longgar. Logo kebiasaannya disulam.
Dalam bahasa mudahnya,
Gred Player issue ni copy jersi player.
Gred copy ori copy jersi original butik(versi fan/fan issue).
βGred AAA dan AA ni macam mana p**ak?β
Gred AAA (triple A) dan AA ni pun sama jugak dia copy jersi fan issue original, tapi kualiti memang lebih rendah lah berbanding gred copy ori.
Gred copy ori boleh dikatakan hampir sama dengan original.
βAntara gred player issue dan copy ori, mana lebih bagus?β
Jawapan saya, dari segi kualiti dua2 elok. Cuma macam saya bagitahu tadi, player issue ni copy jersi player dan copy ori (fan issue) copy jersi fan. Dua2 copy. Gred player issue copy player issue original. Gred copy ori copy fan issue orginal. Cita rasa masing2, ada yang minat player issue ada yang minat fan issue.
Faham? Tak faham tolong baca sekali lagi. Masih tak faham jugak? Buat2 faham jeπ