UPSI Preloved Shoppe

Call Directions Contact the business

UPSI Preloved Shoppe "Preloved Shoppe" ialah kedai barangan terpakai di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI untuk program-program berbentuk kesukarelawanan.

Volunteerism & Non-profit shop.

[🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 🇲🇾]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kami daripada Kelab UPSI Preloved Shopp...
16/09/2026

[🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 🇲🇾]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami daripada Kelab UPSI Preloved Shoppe ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63 kepada seluruh warga UPSI dan rakyat Malaysia.

Hari Malaysia merupakan satu detik penting untuk kita menghayati sejarah pembentukan Malaysia serta menghargai kepelbagaian budaya, kaum dan tradisi yang menjadi kekuatan negara kita. 🇲🇾

Sebagai generasi masa kini, marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama dalam membina sebuah Malaysia yang harmoni, sejahtera dan inklusif.

Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan Malaysia kekal aman, makmur serta bersatu padu demi generasi akan datang. ❤️🇲🇾

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia, milik kita bersama. 🇲🇾






MalaysiaMadani

[🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUTHARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kami daripada Kelab UPSI Preloved Sho...
31/08/2026

[🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami daripada Kelab UPSI Preloved Shoppe ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69 kepada seluruh warga UPSI dan rakyat Malaysia.

Hari Kemerdekaan menjadi ruang untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah berusaha mempertahankan kedaulatan tanah air. Sebagai generasi masa kini, marilah kita menghargai nikmat kemerdekaan dengan mengekalkan keharmonian, mempererat perpaduan, menimba ilmu dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Semoga Malaysia terus maju, makmur dan gemilang untuk generasi akan datang. 🇲🇾





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🔊🌷Barisan Kepimpinan UPSI Preloved Shoppe ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti S...
27/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🔊🌷

Barisan Kepimpinan UPSI Preloved Shoppe ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda UPSI. ✨🎓

Setelah melalui satu semester yang penuh dengan pengalaman dan pembelajaran, semoga cuti ini menjadi ruang untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta menjaga kesihatan fizikal dan mental. Alhamdulillah💖🌿

Gunakanlah masa cuti ini dengan sebaik-baiknya agar dapat kembali ke kampus dengan semangat, motivasi dan azam yang lebih tinggi untuk menghadapi semester yang akan datang. 💪🏻❤️‍🔥

Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Manakala kepada yang masih berada di kampus, semoga sentiasa diberikan keselamatan dan kesejahteraan. 🤍

Selamat bercuti dan jumpa lagi di semester akan datang! 🌻✨

“Bersatu Mendidik, Bakti Lestari”

👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓




📢 [PENGAMBILAN AHLI BAHARU UPSI PRELOVED SHOPPE SIDANG 2026/2027] 📢Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh maha...
27/07/2026

📢 [PENGAMBILAN AHLI BAHARU UPSI PRELOVED SHOPPE SIDANG 2026/2027] 📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh mahasiswa/i UPSI yang dikasihi,

✨ UPSI Preloved Shoppe kini membuka peluang pengambilan ahli baharu bagi Sidang 2026/2027! ✨

Kami mengalu-alukan mahasiswa/i UPSI yang berminat untuk menyertai pasukan kami serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.

Antara jawatan yang ditawarkan ialah:
• Majlis Tertinggi
• Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa
• Exco Penerbitan dan Informasi
• Exco Logistik

📌 Permohonan terbuka kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dari Semester 1 hingga Semester 6 yang berminat dalam aktiviti kesukarelawanan serta bersedia memberikan komitmen.

🗓️ Tarikh tutup permohonan: 16 Ogos 2026

📲 Imbas kod QR yang tertera pada poster atau daftar melalui pautan berikut:
https://forms.gle/CuAysDuYWNJUButDA

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Imanina: 012-827 6267
Aida: 011-3318 5829

"BERSATU MENDIDIK BAKTI LESTARI"





[MAKLUMAN RASMI UPSI PRELOVED SHOPPE]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak UPSI...
20/07/2026

[MAKLUMAN RASMI UPSI PRELOVED SHOPPE]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak UPSI Preloved Shoppe tidak menerima sebarang bentuk sumbangan buat masa ini.

Segala urusan berkaitan sumbangan akan ditangguhkan sehingga makluman baharu dikeluarkan oleh pihak kami. Kami amat menghargai segala niat baik, sokongan serta keprihatinan yang diberikan oleh warga UPSI dan pihak luar terhadap UPSI Preloved Shoppe.

Segala perhatian, kerjasama dan pemahaman daripada pihak anda amat kami hargai. Terima kasih atas sokongan berterusan anda dalam bersama-sama menyokong usaha kelestarian UPSI Preloved Shoppe.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

☎️UPSI Preloved Shoppe : (012-245 4506)
☎️Imanina : (012-827 6267)

“Bersatu Mendidik, Bakti Lestari” 🌱




🎓 [SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR] 🎓Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh mahasiswa/i UPSI yang dikasihi...
05/07/2026

🎓 [SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR] 🎓

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh mahasiswa/i UPSI yang dikasihi,

UPSI Preloved Shoppe ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir kepada semua mahasiswa/i UPSI.

Semoga segala ilmu yang telah dipelajari dipermudahkan untuk diingati, diberikan ketenangan sepanjang menjawab soalan, serta dikurniakan kesihatan dan semangat yang berterusan.

📖 Percayalah pada usaha yang telah dilakukan, jawab setiap soalan dengan yakin dan jangan lupa untuk berehat secukupnya serta berdoa sebelum memulakan peperiksaan.

Semoga segala penat lelah sepanjang semester ini membuahkan hasil yang membanggakan. Kami mendoakan agar anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang dan dipermudahkan dalam setiap urusan.

✨ Semoga berjaya, buat yang terbaik dan terus melakar kejayaan!

"BERSATU MENDIDIK BAKTI LESTARI"






DemiUPSI

📸 LENSA PROGRAM: JUALAN FILL A BAG SALE 🛍️​Telah berlangsung program jualan "Fill A Bag Sale" bersandarkan ketetapan ber...
03/07/2026

📸 LENSA PROGRAM: JUALAN FILL A BAG SALE 🛍️

​Telah berlangsung program jualan "Fill A Bag Sale" bersandarkan ketetapan berikut:

​📅 Tarikh : 8 Jun hingga 12 Jun 2026
🗓️ Hari : Isnin hingga Jumaat
⏰ Masa : 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang
🏢 Tempat : Kedai UPSI Preloved Shoppe, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI

​Program ini diadakan bagi memberikan peluang kepada para pengunjung untuk membeli-belah dengan konsep yang unik dan menjimatkan, di samping menggalakkan kelestarian melalui penggunaan beg guna semula sepanjang minggu jualan ini berlangsung.

​Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam memberikan komitmen serta sokongan padu demi memastikan kelancaran program jualan ini! 🛍️✨

"Bersatu Mendidik, Bakti Lestari"



🎓 [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI ]🎓Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh mahasiswa/i UPSI yang dikasihi...
29/06/2026

🎓 [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI ]🎓

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh mahasiswa/i UPSI yang dikasihi,

UPSI Preloved Shoppe ingin mengucapkan selamat menjalani minggu ulang kaji kepada semua mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Gunakan masa ini sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran, memperkukuh kefahaman dan menjaga kesihatan diri. Ingatlah, kejayaan bukan datang dari usaha pada saat akhir, tetapi dari kesungguhan yang konsisten.

📚 Belajarlah dengan tenang, ulang kaji dengan yakin, dan berdoalah dengan harapan.
Semoga segala usaha anda diberkati dan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

“BERSATU MENDIDIK BAKTI LESTARI”




🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙Sempena ketibaan Awal Muharam, warga UPSI Preloved Shoppe merakamkan ucapan Selamat Menyambut...
17/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

Sempena ketibaan Awal Muharam, warga UPSI Preloved Shoppe merakamkan ucapan Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam.

Awal Muharam menandakan permulaan tahun baharu Hijrah yang membawa makna besar sebagai simbol penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik, berteraskan keimanan, ketakwaan dan nilai murni.

Semoga tahun baharu ini menjadi peluang untuk kita semua melakukan muhasabah diri, memperbaiki amalan serta memperkukuh azam dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Dengan semangat hijrah, marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan lebih berintegriti, berdaya tahan dan beriltizam dalam menghadapi cabaran semasa.

“Hijrah Membentuk Perubahan, Perubahan Mencipta Kejayaan.”




“📸 LENSA UPS VIRTUAL RUN 🏃✨”Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan UPS Virtual Run 2026! Berikut merup...
16/06/2026

“📸 LENSA UPS VIRTUAL RUN 🏃✨”

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan UPS Virtual Run 2026! Berikut merupakan antara momen dan pencapaian peserta sepanjang program berlangsung 💪🏻

Teruskan gaya hidup sihat dan jangan lupa support program-program kami yang seterusnya

Address

Tanjongmalim

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60122454506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPSI Preloved Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UPSI Preloved Shoppe:

Shortcuts

Share