11/01/2023
Adakah anda tahu bahawa terdapat banyak jenis tote bag dijual di pasaran?😳
1. Bottle Tote Bag - Digunakan untuk menyimpan botol minuman agar tidak jatuh saat dibawa bersama. Di negara-negara barat, tote bag ini digunakan sebagai pembungkus wain atau minuman berakohol yang diberikan kepada kenalan.
2. Grocery Tote Bag - Digunakan semasa berbelanja di pasar raya. Tote bag jenis ini mempunyai ruang yang besar dan memudahkan banyak barang boleh dimuatkan.
3. Work Tote Bag - Digunakan untuk dibawa ke tempat kerja. Tote bag jenis ini tidaklah sebesar grocery tote bag. Work tote bag terdiri daripada bahagian depan yang boleh memuatkan komputer riba, tablet atau alat tulis, manakala, bahagian dalam memuatkan fail dokumen.
4. Yoga Tote Bag - Digunakan oleh pengguna yang gemar melakukan yoga. Bahagian depan tote bag dapat memuatkan tikar yoga, manakala bahagian dalamnya dapat memuatkan tuala, pakaian ganti dan botol minuman.
5. Diaper Tote Bag - Digunakan untuk menampung kelengkapan bayi. Tote bag jenis ini biasanya dilengkapi dengan ruangan poket yang banyak untuk memudahkan para ibu memuatkan pakaian, susu, botol susu, tuala, ubat-ubatan dan lain-lain yang diperlukan oleh bayi.
6. Travel Tote Bag - Digunakan untuk dibawa semasa melancong. Tote bag jenis ini dilengkapi dengan banyak slot. Tote bag ini juga lebih kuat dan tahan lama berbanding tote bag yang lain.
7. Beach Tote Bag - Digunakan untuk dibawa bercuti ke pantai. Tote bag jenis ini bersaiz besar dan dipenuhi dengan poket-poket kecil di dalamnya untuk memuatkan pakaian ganti, bekal makanan dan tikar atau alas.
Hubungi kami untuk membuat pembelian:
Afrina - http://www.wasap.my/+60102958997/SayaNakToteBag
Nisya - http://www.wasap.my/+60177271381/SayaNakToteBag