10/03/2022
Dalam berbisnes, customer ibarat raja. Agree?
Some say yes.
Some say no.
Bagi saya, bukan 100% yes, dan bukan 100% no.
Sebab dalam islam dah gariskan dengan jelas hak sebagai pembeli dan peniaga. Yang pasti, jika kita ikut betul-betul, takde sesiapa yang akan teraniaya.
Tapi, s**a atau tak kita perlu akui bahawa customer menyumbang kepada jatuh bangun sesebuah perniagaan sebab kuasa beli di tangan kita.
Sebab tula perlunya untuk kita melayani mereka sebaiknya. Setakat sikit-sikit kerenah mereka, cerewet mereka, layankan ajela. Janganlah sampai kita hilang sales pulak.
Jangan tunjuk ego kita kat customer. Selagi boleh sabar, sabarlah. Kecuali mereka betul-betul mencabar hak kita sebagai peniaga, then leave it.
Percaya sahaja mereka bukan rezeki kita. Nanti adalah tu Allah ganti rezeki yang lain.