MR Collections

MR Collections Tak perlu jealous dengan
orang yang sweet couple,
kerana manusia dicipta saling
berpasangan. Cubalah "jealous" dengan
Orang yang kuat Imannya.....♥♥

Assalammualaikum & terima kasih. kerana sudi Like & menyokong page ni.moga dengan ilmu yang dikongsi bermanfaat bersama.in sha Allah.. Mana Milik Kita?tidak ada milik kita,kerana semuanya Milik Allah.. Apa yang kita miliki saat ini hanyalah pinjaman sementara,
hingga sampai waktunya nanti akan dikembalikan pada pemilik asal (Allah s.w.t)

11/11/2025

Nampaknya LRT laluan mutiara akan dipanjangkan sehingga ke kawasan Seberang perai

Penduduk seberang perai, seberang jaya dah boleh jimat kos, naik LRT untuk pergi kerja

Memudahkan pelancong untuk pergi p**au dengan ride LRT tak perlu bawa kereta. Sekaligus kurangkan kemas**an kereta dalam p**au.

Idea baik kita sokong 👍🏻 Terima kasih PMX

11/11/2025

Sekarang nak jadi ibu bapa bukan sekadar tahu jaga anak tapi kena bijak pantau kesihatan keluarga juga.

1. Termometer digital

Demam bukan sekadar “rasa panas”. Dengan termometer, kita tahu suhu sebenar.
✅ Normal: bawah 38°C
⚠️ Amaran: suhu melebihi 38°C, tapi masih aktif dan minum seperti biasa.
🚨 Red flag: suhu 39°C ke atas, demam berterusan lebih 2 hari, anak lesu, tak minum, atau s**ar bernafas.

2. Alat tekanan darah (BP Monitor)

Tekanan darah tinggi kadang tiada simptom, tapi jika dibiarkan boleh sebabkan strok atau serangan jantung.

✅ Normal: sekitar 120/80 mmHg
⚠️ Amaran: bacaan melebihi 140/90 mmHg secara konsisten walaupun dah rehat perlu mula pantau dan ubah gaya hidup.
⚠️ Perhatian serius: bacaan 160/100 mmHg ke atas walaupun tanpa simptom perlu jumpa doktor dalam beberapa hari untuk semakan lanjut.
🚨 Red flag: bacaan melebihi 180/120 mmHg, atau disertai sakit kepala teruk, penglihatan kabur, sesak dada, lemah sebelah badan, atau pertuturan jadi pelat.

Ini tanda hypertensive urgency/emergency, perlu jumpa doktor segera atau terus ke kecemasan (ED).

3. Pulse oximeter

Alat kecil ni ukur oksigen dalam darah (SpO₂). Penting bila batuk, selesema atau ada jangkitan paru-paru.

✅ Normal: 95–100%
⚠️ Amaran: 93–94% tapi masih boleh bernafas seperti biasa teruskan pantau dan rehat secukupnya.
🚨 Red flag: Bacaan bawah 93%, atau disertai sesak nafas, bibir kebiruan, atau degupan jantung laju.

Alat-alat ini bukan bermaksud anda tak perlu ke klinik tapi ia bantu pantau dari rumah, tahu bila perlu bertindak cepat, dan elak panik tak perlu.
Sekarang nak jadi parent, kena bijak, bukan tunggu cemas baru nak bertindak.

Cc Public Health Malaysia

🗣Bagi yang tidak tahu, inilah beza antara 1 hektar (hectare) dan 1 ekar (acre). Jangan silap!1 hektar = 2.471 ekar** ref...
29/07/2025

🗣Bagi yang tidak tahu, inilah beza antara 1 hektar (hectare) dan 1 ekar (acre). Jangan silap!

1 hektar = 2.471 ekar

** refer dimension yang ditunjukkan sahaja.

27/07/2025

"Tak kaya takpe, janji cukup makan"... ayat paling bahaya dalam hidup.

1
Ayat ni nampak humble...
– Tapi ramai yang guna ayat ni sebagai alasan untuk kekal selesa dalam hidup susah.

2
"Janji cukup makan" tu maksudnya kau redha hidup atas paras minimum...
– Tak mampu bantu mak ayah. Tak mampu bantu anak isteri. Tak mampu bantu siapa-siapa.

3
Kau rasa selamat sebab setiap bulan boleh survive...
– Tapi sebenarnya, kau satu penyakit away je dari ke laut.

4
Kau kerja 9–6, makan gaji 12 bulan… tapi saving RM1,000 pun tak ada.
– Ini bukan pasal tak cukup… ini pasal tak rancang.

5
Tak nak kaya takpe…
– Tapi kau kena ada simpanan kecemasan. Kau kena ada duit bila keluarga perlukan.

6
"Janji cukup makan" tu selalunya datang dari orang yang tak ada tanggungan...
– Bila kau ada anak, isteri, mak ayah... baru kau faham dunia ni kejam untuk orang yang cukup-cukup je.

7
Kalau cukup makan tu target kau…
– Kau akan kerja seumur hidup. Sebab cukup makan = cukup bayar bil. Tak pernah lebih.

8
Orang yang cukup makan tak ada leverage...
– Bila berlaku inflasi, harga barang naik... hidup dia makin tertekan, tapi tak ada plan nak keluar dari tekanan tu.

9
"Takpe la, aku selesa dah macam ni"…
– Tapi bila kau scroll media sosial, kau cemburu tengok orang lain pergi Umrah, beli rumah, bawa mak jalan-jalan.

10
Kau rasa orang kaya tamak sebab nak lebih...
– Tapi hakikatnya, orang cukup-cukup je yang selalu paling terdesak bila darurat datang.

11
Bila kau ada duit lebih…
– Kau ada pilihan. Kau ada kuasa. Kau boleh kata “tidak” bila ada orang nak pijak kau.

12
"Tak kaya takpe"…
– Tapi jangan sampai anak-anak terpaksa ulang kitaran struggle sama macam kau.

13
Cukup makan tu bukan matlamat...
– Itu survival mode. Dan manusia yang hidup dalam survival mode, takkan pernah rasa tenang.

14
Jangan bangga hidup tanpa simpanan, tanpa backup, tanpa plan...
– Itu bukan tawakal… itu cuai.

15
Kau tak perlu jadi billionaire.
– Tapi kau kena ada duit cukup untuk jaga orang yang kau sayang... tanpa perlu minta tolong orang lain.

16
“Tak kaya takpe” tu bunyi macam redha...
– Tapi banyak kali tu adalah putus asa yang dibungkus dengan ayat sabar.

17
Dan benda paling tragik…
– Bila anak kau ulang ayat sama bila dia besar nanti. “Takpe lah, janji cukup makan.”

18
Masa tu baru kau sedar...
– Yang benda paling bahaya dalam hidup… bukan kemiskinan. Tapi normalisasi kemiskinan.

Kalau kau rasa post ni kena atas batang hidung sendiri... bagus.
Sebab sedar itu lebih baik daripada terus selesa dalam silap.

Nak mula keluar dari perangkap “cukup makan”?
Belajar kawal duit. Bina simpanan. Gali skill. Tingkatkan pendapatan. Biar lambat, janji keluar.

-Abudi Alsagoff

18/05/2025

Isteri ‘𝗕𝗹𝘂𝗿’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘𝗔𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸?’

Minggu lepas, saya menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya tak mahu sebut dimana. Tapi, saya nak kongsi kisah yang saya terpaksa lihat dan dengar dari tepi sahaja, sebab bukan kes klien saya.

Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya.

Waktu kes mereka dipanggil oleh pembantu Hakim, saya berada di tepi. Di meja Peguam Syarie. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak.

Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim.

Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. Saya pun tak kisah bab tu. Saya s**a kalau laki yang nak poligami buat cara betul.

Yang saya tak s**a dan kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.

Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’

‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. Haihhhhh. Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim.

Sengih-sengih ja puan ni.

Aduhai.

Saya kat tepi tu, berbulu ja tengok. ‘Kenapalah puan ni tak follow saya”, ujar saya dalam hati.

✅ Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?

Kalau anda mungkin marah itu biasa. Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa. Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.

Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.

Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.

✅ Apa yang paling penting untuk rekod lagi?

Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun s**ar jika bicara kes Harta Sepencarian.

✅ Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?

Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.

Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.

✅ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?

Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.

✅ Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?

Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.

Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.

Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.

Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.

❤️ Kesimp**an,

Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.

Rugi. Tersangat rugi.

Fahmi Ramli.

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

25/04/2025
25/04/2025

Saya sentiasa percaya, streaming class, kembalikan UPSR dan PT3 serta paparkan analisis ranking sekolah-sekolah seperti dulu mampu melonjakkan lagi semangat murid-murid untuk belajar dengan tekun. Tapi sayang, ketiga benda ni dah dimansuhkan. 😢

25/04/2025

KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH - BUKTI SKMM (MCMC) TELAH DIPERALATKAN?

Terima kasih kerana mengeluarkan kenyataan media ini. Maka, jelaslah aku tidak bersalah dan SKMM telah diperalatkan oleh pihak tertentu. Kenapa aku jadi tidak bersalah?

Kerana tuan badan sendiri tidak rasa hantaran tersebut mengandungi sesuatu kenyataan yang jelik. Tuan badan juga mengesahkan laporan bukan dibuat oleh pihaknya melalui mana-mana pegawainya.

Jadi, siapa yang buat laporan? Kenapa SKMM terus memanggil aku? Bukankah sepatutnya SKMM memanggil mangsa iaitu Nurul Izzah untuk pengesahan. Aku tidak pasti SOP siasatan SKMM bagaimana.

Tapi logiknya tidak kena. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada aku. Mereka terus panggil aku tanpa mengesahkan dengan Nurul Izzah iaitu mangsa yang dilaporkan. Logik yang sebenar seperti ini.

Ali buat laporan kepada SKMM yang Abu ada membuat hantaran jelik terhadap Timah. SKMM sepatutnya tanya dulu Timah. Kalau Tima rasa dia disakiti dan ia hantaran jelik. Barulah SKMM panggil Abu. Bukan SKMM terus terima laporan dan pandangan Ali.

Untuk kes aku ini. Sekali Nurul Izzah keluar kenyataan yang dia tak rasa apa-apa dan bukan dia yang laporkan. Bagaimana SKMM nak buktikan aku bersalah. Dengan keratan kenyataan Nurul Izzah ini, aku sudah menang.

Kejadian ini membuktikan SKMM telah bertindak pelik dan mungkin bukan SOP asal (sebenar) bagaimana siasatan dilakukan. Akhirnya SKMM dilihat kelakar dan jelas ia sedang dipergunakan dan diperalatkan.

Aku mohon masyarakat untuk menyatakan pendirian yang jelas kepada SKMM supaya mereka tidak lagi menjadi alat untuk dipergunakan bagi mengintimidasi rakyat daripada bersuara.

Kita kena bagi sokongan penuh dan doa yang berpanjangan kepada warga kerja SKMM yang aku tahu dalam tekanan kerana arahan-arahan kelakar yang menyebabkan SKMM dipandang hina dan lekeh.

Cuma aku nak jawab pasal Nurul Izzah tidak pasti cara aku mencari rezeki. Cara aku mencari rezeki adalah cara halal. Aku ialah usahawan yang berniaga untuk hidup. Bukan masuk politik untuk hidup dan cari makan. Perniagaan aku, ramai dah maaruf. Tapi tak sekaya idola aku, Farhash Salvador.

Kenapa orang minta aku SCRUT Nurul Izzah? Sebab orang nak tau cara Nurul Izzah dapatkan rezeki setelah kalah di tanah keramat Paksyaikh, Permatang Pauh dengan hanya seorang lebai.

Nurul Izzah berniaga apa? Kerja mana sekarang? Ramai yang nak tahu..

Kan?

Apa pun kenyataan media ini telah memberikan aku kemenangan yang jelas.

Thanks Kak Nurul!

;)

25/04/2025

KENYATAAN RASMI MENGENAI SIASATAN SKMM (MCMC) TERHADAP AKU

1. Aku telah dihubungi sekitar jam 5-6 petang semalam untuk menghadirkan diri ke pejabat SKMM jam 8 malam.

2. Ketika panggilan dibuat, mereka telah memberitahu aku yang siasatan yang hendak dibuat adalah mengenai SCRUT Nurul Izzah.

3. Disebabkan aku ada hal jam 8 malam, dan demi menjimatkan duit rakyat supaya tiada bayaran OT, aku suruh mereka keluarkan sahaja waran tangkap.

4. Dalam hidup aku, aku pemilik kepada masa dan waktu aku. Tiada siapa boleh diktat ruang dan masa aku. Pegawai tanya balik, bila aku boleh hadir, aku kata jam 10-11 pagi.

5. Aku tiba di SKMM jam 10.40 pagi. Ya, aku sengaja datang lewat. Sebab aku Aliff Ahmad. Entah walanon al-Qussas mana kata semalam aku dah pergi. Benarlah kalau tak dungu bukan walanon.

6. Setibanya aku di sana, aku disambut oleh pegawai-pegawai dan salah seorangnya ialah En. Zaman. Orangnya baik, senyum sahaja. Siap jemput aku dan rakan-rakan yang telah berada di sana untuk ke kafe, sarapan dulu.

7. Ohya, terlupa seorang anggota polis daripada Bukit Aman juga ada bersama-sama SKMM. Orangnya pun baik. Rasanya semua di SKMM baik-baik belaka. Aku percaya mereka hanya dipergunakan oleh penguasa untuk melakukan intimidasi terhadap aku.

8. Selesai sarapan, aku naik ke bilik siasatan. Aku ditemani oleh 2 orang peguam. Peguam Haziq Subhi dan Hafiz Norkhan. Hafiz sudah hari ke-3 hadir ke SKMM. Semuanya kes yang takda merit menurutnya.

9. Temusiasat berjalan sangat lancar. Aku memberikan kerjasama sepenuhnya. Aku disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi
dan Multimedia Malaysia iaitu menyalahgunakan internet dengan menyebarkan kandungan yang
bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik.

10. Aku disiasat kerana menaikkan hantaran untuk SCRUT Nurul Izzah. Aku bertanya kepada pegawai penyiasat, dimanakah kandungan bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik? Mereka tidak mampu menjawab. Katanya mereka hanya menjalankan tugas dan menurut arahan.

11. Aku lihat muka mereka. Nampak mereka serba salah. Terlihat mereka sedang menyiasat sesuatu yang sia-sia. Aku faham. Tapi, kadang-kadang suara nakal aku mengusik minda dan mencabar ego intelektual mereka. Mereka hanya menahan diri daripada melepaskan geram. Aku faham.

12. Untuk memudahkan urusan mereka. Aku telah sediakan SD (Akuan Bersumpah) yang mengaku laman (page) Aliff Ahmad adalah milik aku, dan hantaran tersebut aku yang buat. Aku juga bersedia untuk didakwa. Bahkan aku mohon untuk didakwa.

13. Dengan SD tersebut, maka mudahlah pihak pendakwaan nak mendakwa. Aku tak lari, tak mengelak, tak padamkan. Aku mengaku, bertanggungjawab, dan bersedia untuk didakwa. Jadi, telefon aku tidak perlu dirampas. Ya, telefon aku tidak dirampas.

14. Yang menariknya kalau didakwa. Kita akan tahu siapakah pelapornya. Aku juga nak tengok, bagaimana hujah pendakwaan nanti. Sangat menarik.

15. Sudah pasti ada sesi “off record” dengan pegawai SKMM. Aku sangat simpati kepada mereka dan aku banyak memberikan mereka kata semangat supaya jangan takut untuk menyatakan kebenaran kepada pihak yang memberi arahan.

16. Sebagai contoh, katakan sahaja kepada pemberi arahan, laporan ini tidak wajar disiasat, ia menghina akal, dan memalukan SKMM jika disiasat. Jika pihak atasan masih mahu meneruskan siasatan, mohon arahan bertulis.

17. Akhir kata, aku minta korang semua untuk memberi semangat kepada pegawai-pegawai SKMM yang pada aku sedang dalam tekanan dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan SKMM untuk menekan dan mengintimidasi rakyat marhaen daripada bersuara.

18. Kita sama-sama berdoa kepada warga SKMM untuk terus cekal dan kuat kerana terpaksa melayan penguasa yang sedang berkuasa. Aku bukan baru lahir semalam. Aku dapat baca kesedihan dan ketidakselesaan mereka melayan aduan yang mereka tahu takkan ke mana.

19. Aku harap siasatan ini akan didakwa. Jika tidak, ia jelas intimidasi terhadap aku, membuang masa aku dan sumber kerajaan. Aku mohon maaf kepada pihak SKMM dengan tindak balas yang aku lakukan. Aku tidak memusuhi kalian. Aku mahu kalian kuat, berani dan hanya takutkan Allah. Ingat, Allah yang memberi rezeki.

20. SKMM sepatutnya boleh fokus menyelesaikan masalah yang jelas lebih jelik, jijik, kotor dan jahat. Bukan membuang masa aku yang sedang berusaha untuk hidup tanpa gaji khas Petronas!

Opps..

;p

25/04/2025

Nurul Izzah dah keluar kenyataan yang dia dan pegawai dia tak buat laporan MCMC.

Eh datang p**a Mona Din ni keluar kenyataan 100% persepsi macam ni.

Kau tu pernah keluar podcast Liyana Marzuki haritu kan? Boleh kot tanya Liyana Marzuki dulu yang Izzah buat laporan atau tak memandangkan yang inform Nurul Izzah pun adalah Liyana Marzuki.

Kalau setakat tulis status macam ni punya main persepsi, nenek aku pun boleh tulis 😆

Address

Tumpat
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MR Collections posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share