Ranorm Batik Creation

Ranorm Batik Creation Batik Lukis. Ranorm Batik Creation ialan salah satu syarikat perusahaan sendiri di bawah KEJORA. Perusahaan batik ini milik penuh oleh Pn.

Maimunah bte Yaakob yang diusahakan sendiri oleh beliau sejak tahun 1994 dan hanya mempunyai 3 orang pekerja sahaja kerana lebih memudahkan bagi beliau. Ranorm Batik hanya menggunakan kaedah canting lukis pada batik. Hal ini kerana mutu batik dapat dilihat dari segi keasliannya apabila dicanting sendiri. rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang unik dan kreatif di Ranorm Batik Cr

eation. Nama Ranorm adalah gabungan dari nama keluarga Puan Maimunah iaitu nama ibubapa dan adik beradik yang lain.Kemudian digabungkan lagi dengan Batik ‘Creation’. Dengan hanya berbekalkan RM2000 Ranorm Batik dibuka dengan wang perkongsian keluarga. Puan Maimunah sebelum ini mengambil kursus mencanteng batik di Pusat Kraftangan Malaysia di Larkin, Johor Bahru. Kemudian, Puan Maimunah mengambil kursus beberapa bulan menjahit pakaian di
Politeknik Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi sebagai tenaga pengajar bagi mengajar mereka yang maju mempelajari bidang mencanting batik ini. Perniagaan beliau ini hanya bermula kecil-kecilan iaitu menerima tempahan daripada pelanggan di rumah semata-mata. Dalam masa yang sama beliau juga mengambil kain sutera mentah dari Terengganu. Beliau juga telah diberi peluang untuk mengambil kursus yang berkaitan dan menerima biasiswa dari Jabatan Perikanan kerana keluarga berasal dari keluarga nelayan.

Address

Singapore

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ranorm Batik Creation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share