12/09/2025
Pantai Mengabang pasirnya putih,
Angin sepoi sejuk menyapa,
Hidup bahagia hati pun bersih,
Di Terengganu aman sentosa
ps: Jom berbahagia di Terengganu sambil menginap di Glamstay Batu rakit π
Terengganu muncul sebagai negeri paling bahagia di Malaysia selepas mencatat skor 8.64 dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) 2024.
Manakala daerah Kluang, Johor p**a menjadi Daerah Pentadbiran Dengan Skor Indeks Kebahagiaan Tertinggi iaitu 9.83 mata.
Secara keseluruhan, rakyat Malaysia bahagia dengan skor kebahagiaan perempuan (7.62) melebihi skor kebahagiaan lelaki (7.57).
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia